There was an error in this gadget

Wednesday, February 19, 2014

2013

Assalamualaikum,

Bila baca balik entry lepas-lepas dalam blog ni, rasa nak tergelak ada. Rasa nak menangis ada. Rasa menyampah pun ada. HAHAHA. Betapa noob nya aku! gedik sungguh! walaupun tak banyak benda aku post tapi, banyak jugak benda yang aku dah lalui. aku pun tak tahu kenapa aku dah tak berblogging and entah kenapa lately ni rasa nak berblog tu kuat pulak. Maybe aku rasa ni salah satu medium tempat aku nak share perasaan aku kot.

Berkaitan dengan entry kali ni, 2013. Hmm, 2013 tahun yang banyak menduga aku. Dari sebesar-besar berita gembira sehingga sekecik-kecik kesedihan aku. 2013, terlalu banyak benda terjadi. Terlalu banyak benda yang aku hadapi sampai aku tak percaya semua benda yang dah jadi. Mungkin Allah nak duga aku atas segala apa yang aku lakukan. Terima kasih Ya Allah kerana kau tak pernah mengabaikan aku. Aku tahu, aku hamba-Mu yang banyak melakukan kesalahan. Tapi kau tak pernah meninggalkanku. Terima kasih Ya Allah.

Tahun ni lah, tahun yang aku takkan pernah lupakan. Macam- macam kejadian yang berlaku. Tahun inilah tahun yang aku kena mencari rumah sewa dan sebagainya. Terlalu banyak benda pahit yang terjadi. Dari perangai tuan rumah yang entah apa-ape. Dengan bekas isteri yang psycho dan macam-macam lagi. Tapi 2013 lah tahun dimana hilangnya sebuah persahabatan. Persahabatan yang telah lama tercipta,persahabatan yang aku sanjung, persahabatan yang indah, persahabatan yang menggembirakan, persahabatan yang tiada ganti, persahabatan yang aku takkan dapat lupa sampai mati.

Mungkin silap aku kerana tak berjaya nak mamahamimu sahabat, mungkin silap aku yang tak pernah berbicara denganmu sahabat, mungkin silap aku kerana tak mampu nak penuhi permintaanmu. Maafkan aku sahabat.Maafkan aku. Bukan aku bermaksud untuk melakukan semua itu. Maafkan aku sahabat kerana tak mampu nak  menjadi sahabatmu yang terbaik. Maafkan aku sahabat kerana telah melukakan hatimu. Sungguh bukan niat aku untuk kita jadi seperti ini. Maafkan aku.

Sesungguhnya aku rindu kan mu, sesungguhnya aku rindu gelak tawamu, sesungguhnya aku rindu percakapanmu, seseungguhnya aku rindu gurauanmu, sesungguhnya aku rindu berada di sisimu, Pernah sekali aku termimpikanmu.Mungkin aku terlalu rindukanmu. Aku hanya mampu terjaga dan mengelap air mataku. Alangkah indahnya jika mimpi itu menjadi nyata. Namun apakan daya, hubungan kita telah berakhir. Aku dah terlambat. Tiada lagi peluang untukku. Aku tahu, tiada lagi ruang untukku di hatimu sahabat.

Jika aku diberikan peluang untuk pusingkan waktu, akan ku cuba untuk menjagamu, akan aku cuba betulkan semula keadaan kita, akan aku cuba menjadi yang terbaik untukmu. Tapi aku tahu, itu tidak mungkin akan terjadi. Semuanya sudah tertulis. Aku hanya mampu berdoa agar kau bahagia sahabat. Semoga kau mendapat sahabat yang lebih baik dari diriku. Aku tahu, kau mempunya ramai sahabat yang menyayangimu. Aku hanya sebahagian kecil dalam hidupmu. Maafkan aku kerana telah melukakanmu. Maafkan aku atas segalanya.

Sahabat,
Aku berdoa agar kau sentiasa sihat dan dipanjangkan umur. Semoga kau bahagia di samping orang yang kau sayangi. Semoga kau sentiasa dirahmati oleh-Nya. Terima kasih sahabat atas segalanya. Terima kasih atas segala kenangan yang telah tercipta. Akan aku kenang jasa baikmu sampai bila-bila. Terima kasih kerana telah menceriakan hidupku. Terima kasih kerana hadir dalam hidupku. Aku bersyukur kepada Allah kerana diberi kesempatan untuk mengenali kau sahabat. Terima kasih atas segalanya.

Akhir sekali, aku ingin kau tahu sahabat, yang aku akan tetap akan sayang kau sampai bila-bila. Aku tetap akan menganggap kau sahabat aku dunia akhirat.

Terima kasih 2013. Terima kasih kerana telah banyak mengajar aku. Semoga tahun 2014 ini menjadi kenangan yang terindah dalam hidupku. Mungkin ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku.

Ya allah, kau permudahkanlah segala urusan aku di dunia dan di akhirat. kau berkatilah orang di sekelilingku.  Kau jadikanlah aku orang yang kuat, yang tabah dan redha dalam menempuh dugaan-Mu.Aminnnn.

Wassalam.







Sunday, January 1, 2012

HELLO 2012 ! ! !

assalamualaikum,

it's been long time since i last updating my blog. So here i am.Tahun baru ni ade rase pulak nak update blog sebab rase macam nak bukak buku baru untuk 2012 ni. Start dengan update entry baru lah:P  So far aku berpuas hati sepanjang tahun 2011.Yet,there is still many things for me to improved. So kalau cerita pasal tahun baru, mesti org tanya ape azam tahun baru kan? So for me, my azam just the same as before which i guess belum tercapai lagi pon kot :P ape lah aku ni. So these are  maybe some of my azam lah for this year


  1. Nak pandai memasak. 
  2. Need to improve in my studies *kene buang sikap malas wehh* 
  3. As i turn 20 now, so need to be lil bit matured than before :P
  4. Need to spend more time with my family and hobby :"(
  5. May my relationship with mr B last longer and forever *pray for me ya*   
  6. Need to improve my english,mandarin and french language:)
so far tu lah azam aku tahun baru ni and plus with all azam2 tahun lepas yang tak achive lagi. And i hope that all my azam can achieve succesfully.

That's all i guess because my finals just around the corner, oh no!! so wish me luck for my finals ya! 
btw, i just came back from kenduri kahwin and suddenly mr b ask me: asyik tgk org kahwin je,kite bile pulak.hahahaha! *blushing* 
and i made him a good luck card,i know it's kinda cheesy,dah macam zaman2 kat semashur hantar request pulak ,tapi xpelah.:P I hope u like it b .and i love you so much. ok gonna get back to my work.lain kali saya akan rajin2 kan lagi update blog ni ya !seriously! :P

 On the way back from kenduri kahwin :)

Sedih because x dpt tgkp gmba same2 so tangkap dalam kereta je lah :(

he's buying me coconut shake because it's so hot outside.nyum nyum :)



And and not to forget ayah kol pagi tadi  and we had a long chat and lastly  ayah ckp: ( ayah sayang semua anak-anak ayah.Jage diri) . And i wanna say, I LOVE YOU TOO AYAH!

Lots of Love,
-me-


                                                                               

Wednesday, October 5, 2011

cuak!

HAI.. Assalamualaikum!! :)

 Aku just  nak cakap aku cuak sebenarnya, Jumaat ni aku ada  TEST!! TEST!!TEST!!



  • Subjek :BEKU 1123-electric circuit 1
  • Time: 8-10 pagi.
  • Place: Idok teman tahu lagi :P
                                                                            

Aku cuak sebab aku x study lagi.Kerja aku online,tido,makan.hehehe
Tu je.k bye :) 
Nak makan and study.Doakan aku dapat jawab ehh nnti.
Bye bye my sweet little diary:)

especially for you:)



 Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan 
Ku cinta padamu

Nafas ku terhenti bila melihat dirimu.
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatimu milikku jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau.
Suatu kenangan yang manis.
Yang x mungkin ku lupa
Untuk selamanya

Kan ku coretkan kenanganmu 
Dalam sanubariku ini
Dapat jadi yang terindah
Di dalam hidupku

CREDIT to TUMBLR:)

currently i'm falling in love to this song:nera-hatimu milikku :)
and for you:thank you for always be there  for me.ily:)

Tuesday, October 4, 2011

N.E.W PLACE:)

assalamualaikum:)

hai hai hai korg semua.aku tgah bosan sekarang ni.aku tak tau nak buat.so,aku update lah blog aku yg oh-sem ni kan:) *ceit,perasan je*

aku nak cerita pasal tempat baru.as we all know,aku dulu belajar kat uitm puncak alam(a.k.a palam)-foundation engineering kat sane  setahun.and now,aku dapat further study dekat Universiti teknikal malaysia melaka(a.k.a UTEM).And now i'm officially studied Degree of Electrical Engineering(power industry) okayy!!

so,lepas dapat tau aku dapat further kat utem ni,aku macam percaya x percaya gak lah.*gosok gosok mata,tapi x gatal pon* :P
sebab aku rase result aku xde lah gempak mane.tgk2 dapat further dalam bidang yg aku  nak.syukur alhamdulillah.amin amin amin:)  ni lah org kate rezeki namanya.asal kite berusaha and berdoa.insyaallah kite boleh dapat apa kita nak:)

so amacam melaka?ada baik ka? *ayat nak gangster je*

so pada 3 sept secara rasminya aku gerak ke melaka.sampai2 sini.dok hotel straits meridien.then dgn semangat nya mak ayah aku ajak g utem petang tuh.bak kata depa jom lah pi lawat2 round2 tempat baru.memang tiap kali nak masuk mana2 ayah aku memang rajin nak g buat lawatan ni.nak tgk lah mcm mane tempat aku belajar.utem ni x jauh beza sgt lah dgn palam.cuma kolej dia kat luar and kat sini xde TANGGA BATU CAVES:P

so,aku igt kan lepas g ronda2 utem tuh.nak gak lah lawat melaka ni haa..ye lah dah lame aku x g melaka.last pergi x silap aku masa zaman2 sekolah rendah dulu lah.so dgn excited nya aku ajak ayah aku keluar.tapi alangkah sedihnya,ayah aku x berapa sihat lah pulak haritu:(

so besok pagi.aku kena bgn awal  sebab ayah aku nak gerak awal g utem kan.tapi aku sedih sebenarnya g awal2 ni.yelah,lepas ni nak kena berpisah dah dgn family.first time ni ddk jauh.kalau dulu area2 rumah aku je.ni dah keluar dari negeri,tu yg mak aku risau tuh:P *cehh padahal melaka-k.l xde lah jauh mane pun:P *
so mula lah sesi daftar mendaftar pagi tuh.dah setel semua,pergi pulak kat kolej.kolej aku kat luar.nama kolej aku bunga raya.mase mula2 tu macam frust gak lah dapat kolej tuh.sbb jauh kan nak g kampus.mmg mase tu down gak lah dapat jauh2 ni.i sedih you.then,lame2 aku dah biasa dah duduk luar.ni.bak kate org alah bisa tegal biasa. :P

so bermula lah status aku sebagai pelajar di utem.nasib baik aku dapat jumpa kawan2 yg kepala otak lebih kurang sama dgn aku.kelas aku ade 11 org je perempuan. Yang lain semua lelaki.total kelas aku lebih kurang dalam 70-80 lebih lah.sooo,korang cuba bayangkan,betapa sikit nya lah budak perempuan dalam kelas aku.kalau grouping pon.mesti jarang perempuan dapat 1 group.terpaksa lah mixing dgn lelaki2 ni.so far so good lah budak2 kelas aku. maybe kitorang baru lagi kan.so masing2 xde lah rapat mane. xpe2 ade lagi beberapa tahun nak bersama.konfem lepas ni boleh kenal dah perangai sekor2 :p.

Dalam kelas aku rapat dgn fatin and sara.fatin ni dok kelantan.nmpak je ayu.igt kan pemalu,sekali banyak je cakap nya.dia ni minat korea gile2.hp dia penuh dgn lagu korea je.sara ni pulak duduk kat ampang kl.first time aku kenal sara kat masjid utem.x sangka kitorang rapat sekarang.aku seronok kawan dgn dorg sebab kepala dorg ni gila2.mana2 pun kitorg pergi sama2.we're like sisters :)
sara ni bela sugarglider.comel...nama dia ujang:) kadang2 sara ni bawak g kelas.ujang ni pemalu sikit.tdo je keje dia.manja sgt dgn mama dia.mengada!:P

so ni beberapa gmba yg aku boleh share sepanjang aku ada kat utem ni :P

NI LAH FATIN DAN SARA :)



HA...ni pulak gamba rommate aku dgn aku.nama dia ni fatin.dia asal ipoh perak.untung gak dapat rommate macam dia.boleh aku ajak lepak tgk bola and makan sama:) i love u lah fatin( ^_^)
 
          
so,overall nye.aku dah boleh adapt lah jugak dgn tempat baru ni.kadang2 aku rindu gak lah duduk dkt2 dgn family,tapi sampai bile nak berkepit je dgn mak ye x?:P so,ni ada lah pengalaman pertama aku duduk kat negeri org.so aku harap,korg dapat lah doakan kejayaan aku sepanjang aku menuntut di utem ni.ya allah ya tuhanku,semoga amirah arina akan menjadi pelajar cemerlang di utem ini dan berjaya menggenggam segulung ijazah apabila dia tamat belajar.amin~!!!

semoga kite sama2 berusaha untuk mencapai apa yg kite impikan ye kawan2.jgn hmpakan kedua ibu bapa yg telah bnyk berkorban utk kita.ayah mama,mira akan berusaha untuk balas jasa mama dan ayah.walaupun jasa mu x ternilai harganya.tapi,mira akan cuba sedaya upaya mira utk bahagia kan mama dgn ayah :)
doakan mira baik2 di sini.mira sayang mama dgn ayah sgt2. :')

lastly,bersyukur dengan segala apa pemberian tuhan kepada kita.semua yang terjadi kepada kite pasti ada hikmahnya.bergembira lah dgn segala pemberian tuhan ini.till then,bye2 uollss~!!assalamualaikum :)

Tuesday, September 20, 2011

U P D A T E B L O G ! !

assalamualaikum,apa khabar semua?rindu x?rindu x?:P

okayy,setelah berkurun lama nya aku x update blog ni.hari ni,di ketika ini,aku akan update blog aku yg dah lame aku tinggalkan.sorry blog,dah lame aku tinggalkan kau. :( :(

so mesti korg pelik kan kenapa aku tibe2 update.kalau nak pikir mmg dah lame gile aku x update blog.last aku update pon mase december thn lepas(tu pun check balik bile last post :P) bukan aku igt pon.so nampak x betapa lamenye aku x update.blog org lain yg seangkatan dgn aku dah bnyak gile dah post, aku baru lah ciput2 je story yg ade. sooo....

apa sebab aku  x update?ape sebab?sape tau?sape tau??sapa nak jawab?
sapa nak jawab angkat tangan mcam saya*tgan usop wilcha in the air yaww!*:)

okay meh aku cerita kenapa aku  dah lame x update blog.

1st: aku malas yang teramat amat amat lah malas nak update and type story kat blog aku ni.*aku tau mesti korg cakap klise nye lah reason aku ni* tapi mmg itulah hakikat yg sebenar.:(

            

2nd :tiap kali aku nak update blog,banyak je gangguan yg datg. *bukan gangguan makhluk halus tau* maksud gangguan yang aku cakap ni ialah.tiap kali aku nak update je,mesti adik2 aku berebut2 nak guna laptop.nak fb lah,nak main game lah.twitter lah you tube lah.macam2 lah yg dorg nak bukak bile time aku ade mood nak update blog-_- so,aku makin lame makin tawar hati lah nak update2 nih:P  

3rd: mase dolu dolu,aku kan blaja kat puncak alam,jadi line internet kat puncak alam punya lah slow,mak aiihh,,mmg kalau aku nak letak gmba ke ape ke,aku boleh lah siap gososk baju dulu ke,makan2 dulu ke,itupun belum konfen habis loading nya lg.

4th: kadang2 aku ada idea nak tulis ape dalam blog ni,tapi bile nak ngadap laptop.nak start type je,puff! hilang idea.ntah mane dia lari aku pon xtau.aku jadi macam(nak cakap ape eh?ape cerita nak letak ni?title ape? so,di sebabkan aku blank,bnyak sgt mase membaziaq di situ,jd aku pon x jadi lah update.:(

haa,,macam ni lah keadaan aku.:P
       

so senang cerita mmg dah lame lah aku x update blog and tu lah reason2 yg aku boleh bg.maybe korg akan cakap ala.bosan lah alasan lu derr!nenek waa pon boleh kasi!

tapi itulah hakikat nya.aku pon sebenarnya bukan hebat pon bab nak story morry cerita aku kat orang.jadi aku macam segan lah nak mem-blog2 ni:P harap korg maafkan lah aku ehh?ehh?ok aku blanja aiskrim nnti:P  so aku harap,dgn kemunculan semula ni*comeback omputih kate* aku  akan berusaha utk update blog dari semasa ke semasa :)  harap korg boleh terima story2 aku nanti.kalau xnak terima,terima jugak!aku x kire!:P
     

p/s:aku update blog sebab ade org suruh aku update.kalau x,aku bnyak blogwalking je.baca post2 org yg aku follow.nak buat post gempak macam dorg,aku xde bakat lagi.tu yg x update2 tu.follow org je bnyak:P so,encik b,saya dah update dah blog saya.thanx for supporting me.harap2 awak tak bosan lah baca:P          so people,bile2 aku free,aku update blog ni k :)

next entry,insyaallah aku akan cerita,apa aku buat sekarang dan bnyak lagi.insyaallah.tunggguuuuuu!!!zas!*dah macam  dalam melodi dah ;p

okayy,toddles reader:)





Thursday, December 23, 2010

havin fun with girlfriends:D


ho ho ho!!!*eceh mentang2 nak krismas dah*nak ho ho je. plak..hahhaha

First of all,sorry guys coz dah lame x update blog.:( bukan kerana merajuk,gado atau ape,tapi,i just don't have free time for updating my blog.Besides,these few days a bit hectic sikit sebab ade test,assignment,homework yang nak kene hantar n siapkan.n plus,I'm one of the committee for the dinner.so,Macam busy lah jugak lately ;p.

So now,     


test pon dah habis,i pon boleh lah nak update2 blog nih.:D hooray hooray hooray!
ok mira.rilek sudah: 
today i'm going to story morry with u all semua pasal my day out hari tu.maybe it's a bit late dah kan.but,i dah promise kat diorg that i nak uplode about them kat my blog:D
sorry guys lambat.

ok,so last last saturday,dah x igt tarikh  sebab kalendar jauh nak check tarikh  balik.hehe;P
*but still  dicember lah*
i went out with my girl,actually my primary schoolmate to be precise.we're like jarang gile jumpa,hangout.lepak2 or doing some other stuff together.so on that particular saturday.we came up an idea to meet just for chillin' lah:D
besides,
depa semua nih tgh cuti.xkan cheq xleh nak ajaq depa keluaq kot>>

plan agak lame lah jugak sebab nak keluar nih.last2 only 3 of us je yg mmg betul2 free.they are MICHELLE AND TIKIE:D

tikie drove us to sunway n we're like sesat2 n they were too many people on that day.bla bla bla.kalau i bebel besok pon x habis nih...nak cari parking pon susah sgt:(

but that's not the interesting part yg i nak story2 nih.first thing first,we're planning what to do on that day.And the things that came up in my mind: KARAOKE!!!!hahah
lame dah x testing2 suara nih kan*padahal suara xdelah sedap pon:P*

isn't that fun thing to do with your girlfriends?and beside,tempat karaoke kat sunway sgt x100000 lah murah.soooooooooooo....ape lagi,LETS ROCK THE WORLD LAH BABE!!haHAHA

Now,i don't wanna waste my time,telling u all semua cerita2 nih bagai kan.just look at the picture lah.And there's a video of tikie too..she has really good+awesome voice.
i'm not lying ok:D


 THIS IS MICH AND TIKIE:D
as usual lah,kalau dah nmpak cermin besaq tuh :D

sherlock holmes wannabe:D
I LOVE YOU GUYS <3
WITH MICHELLE
GORGEOUS+AWESOME+SEXY:p

here are the video that i'm telling you about.
video
isn't that tikie has a great voice.malu2 kucing je nak nyanyi mula,last2 she's the one yang melalak dalam bilik tuh kan:P
sorry tikie:D hehe
btw,i'm having so much fun with both of you.i'm looking forward to do this again ok girls??
and,tikie,i can't forget the lamp story that you told me..hahahhahahha!!!

plus,we're watching AKU TAK BODOH too.and the movie are awesome yaw.i recommend u to watch it with your parents.hehexD

and the main actor are.....!!hahahhaxD
ohh sudin~!!!

p/s:sangat berbeza penonton yang menonton cerita melayu berbanding cerita org putih.aku dah rase macam panggung tu aku punya.sikit sgt lah org dalam tuh:(