There was an error in this gadget

Wednesday, February 19, 2014

2013

Assalamualaikum,

Bila baca balik entry lepas-lepas dalam blog ni, rasa nak tergelak ada. Rasa nak menangis ada. Rasa menyampah pun ada. HAHAHA. Betapa noob nya aku! gedik sungguh! walaupun tak banyak benda aku post tapi, banyak jugak benda yang aku dah lalui. aku pun tak tahu kenapa aku dah tak berblogging and entah kenapa lately ni rasa nak berblog tu kuat pulak. Maybe aku rasa ni salah satu medium tempat aku nak share perasaan aku kot.

Berkaitan dengan entry kali ni, 2013. Hmm, 2013 tahun yang banyak menduga aku. Dari sebesar-besar berita gembira sehingga sekecik-kecik kesedihan aku. 2013, terlalu banyak benda terjadi. Terlalu banyak benda yang aku hadapi sampai aku tak percaya semua benda yang dah jadi. Mungkin Allah nak duga aku atas segala apa yang aku lakukan. Terima kasih Ya Allah kerana kau tak pernah mengabaikan aku. Aku tahu, aku hamba-Mu yang banyak melakukan kesalahan. Tapi kau tak pernah meninggalkanku. Terima kasih Ya Allah.

Tahun ni lah, tahun yang aku takkan pernah lupakan. Macam- macam kejadian yang berlaku. Tahun inilah tahun yang aku kena mencari rumah sewa dan sebagainya. Terlalu banyak benda pahit yang terjadi. Dari perangai tuan rumah yang entah apa-ape. Dengan bekas isteri yang psycho dan macam-macam lagi. Tapi 2013 lah tahun dimana hilangnya sebuah persahabatan. Persahabatan yang telah lama tercipta,persahabatan yang aku sanjung, persahabatan yang indah, persahabatan yang menggembirakan, persahabatan yang tiada ganti, persahabatan yang aku takkan dapat lupa sampai mati.

Mungkin silap aku kerana tak berjaya nak mamahamimu sahabat, mungkin silap aku yang tak pernah berbicara denganmu sahabat, mungkin silap aku kerana tak mampu nak penuhi permintaanmu. Maafkan aku sahabat.Maafkan aku. Bukan aku bermaksud untuk melakukan semua itu. Maafkan aku sahabat kerana tak mampu nak  menjadi sahabatmu yang terbaik. Maafkan aku sahabat kerana telah melukakan hatimu. Sungguh bukan niat aku untuk kita jadi seperti ini. Maafkan aku.

Sesungguhnya aku rindu kan mu, sesungguhnya aku rindu gelak tawamu, sesungguhnya aku rindu percakapanmu, seseungguhnya aku rindu gurauanmu, sesungguhnya aku rindu berada di sisimu, Pernah sekali aku termimpikanmu.Mungkin aku terlalu rindukanmu. Aku hanya mampu terjaga dan mengelap air mataku. Alangkah indahnya jika mimpi itu menjadi nyata. Namun apakan daya, hubungan kita telah berakhir. Aku dah terlambat. Tiada lagi peluang untukku. Aku tahu, tiada lagi ruang untukku di hatimu sahabat.

Jika aku diberikan peluang untuk pusingkan waktu, akan ku cuba untuk menjagamu, akan aku cuba betulkan semula keadaan kita, akan aku cuba menjadi yang terbaik untukmu. Tapi aku tahu, itu tidak mungkin akan terjadi. Semuanya sudah tertulis. Aku hanya mampu berdoa agar kau bahagia sahabat. Semoga kau mendapat sahabat yang lebih baik dari diriku. Aku tahu, kau mempunya ramai sahabat yang menyayangimu. Aku hanya sebahagian kecil dalam hidupmu. Maafkan aku kerana telah melukakanmu. Maafkan aku atas segalanya.

Sahabat,
Aku berdoa agar kau sentiasa sihat dan dipanjangkan umur. Semoga kau bahagia di samping orang yang kau sayangi. Semoga kau sentiasa dirahmati oleh-Nya. Terima kasih sahabat atas segalanya. Terima kasih atas segala kenangan yang telah tercipta. Akan aku kenang jasa baikmu sampai bila-bila. Terima kasih kerana telah menceriakan hidupku. Terima kasih kerana hadir dalam hidupku. Aku bersyukur kepada Allah kerana diberi kesempatan untuk mengenali kau sahabat. Terima kasih atas segalanya.

Akhir sekali, aku ingin kau tahu sahabat, yang aku akan tetap akan sayang kau sampai bila-bila. Aku tetap akan menganggap kau sahabat aku dunia akhirat.

Terima kasih 2013. Terima kasih kerana telah banyak mengajar aku. Semoga tahun 2014 ini menjadi kenangan yang terindah dalam hidupku. Mungkin ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku.

Ya allah, kau permudahkanlah segala urusan aku di dunia dan di akhirat. kau berkatilah orang di sekelilingku.  Kau jadikanlah aku orang yang kuat, yang tabah dan redha dalam menempuh dugaan-Mu.Aminnnn.

Wassalam.